Perjalanan dari Jengka ke Kuala Lumpur mengambil masa dalam lebih kurang 2 jam sahaja. Ak menaiki Bas metro dari Bandar Jengka seawal 7:30 pagi ye. Bapak ah awal gerak p Stesen Bas. Selepas dah sampai ke stesen bas tu tengok memang bas dah sampai dan tepat pkul 7:30 bas pun bergerak. Menepati masa betul bas ni. hahahaha. Bagus2 saya suka. Perjalanan dari Bandar Jengka ke Kuala Lumpur selang 2 jam setiap hari sampailah pukul 7:30 malam setiap hari rasanya. Bas akan berhenti di Temerloh terlebih dahulu untuk mengambil penumpang di sana.
Harga tiket dapat la Rm17.00. Yang ak tak tahan dengan bas ni iyelah Aircond nye. Bapak lah kuat dye pasang. Menyesal ak pakai sandal sahaja dan tidak pakai kasut. Kakaka. Sweater pulak dalam beg. Malas nk bawak keluar. Sejuk kemain bas ni. So sesiapa yang nk naik bas metro ni pleaselah bawak sweater dan sekurangnye pakai
sweater. Sejukkk wooo. Dalam dua jam menahan kesejukan ak pun sampai ke Stesen Bas Pekeliling. Kat situ transit. Pastu abg aku kol ckap dye pun nk g jalan KL gak. So aku pun ok jela. Ak pun pertama kali datang sini sengsorang. Naik Monorail pun tak penah. hahahaha terkebil kejap mase smpai pekeliling tu.
Dari stesen bas tu abg ak suruh amik monorail ke stesen bandaraya. Dekat je dan memang nampak pun stesen keretapi pekeliling dari stesen bas tu. Hahaha. Ak mane penah naik, so ak buat2 berani je.
sweater. Sejukkk wooo. Dalam dua jam menahan kesejukan ak pun sampai ke Stesen Bas Pekeliling. Kat situ transit. Pastu abg aku kol ckap dye pun nk g jalan KL gak. So aku pun ok jela. Ak pun pertama kali datang sini sengsorang. Naik Monorail pun tak penah. hahahaha terkebil kejap mase smpai pekeliling tu.
Dari stesen bas tu abg ak suruh amik monorail ke stesen bandaraya. Dekat je dan memang nampak pun stesen keretapi pekeliling dari stesen bas tu. Hahaha. Ak mane penah naik, so ak buat2 berani je.
So nak pergi mane ni? hahahaha. ak amik laluan ampang tu. Dan masalah seterusnya ialah, macam mane nk beli tiket? ak mane tau lagi skali. So duk la ak memerhati orang lain membeli tiket. huhu. Memerhati pun xbrape pasti jugak. Pastu ak buat2 tau dan mjurlah betul. hahahaha. Ak xamik gamba la plak. Tp abg ak ad amek gamba rujukan. Tp mase tu ak dah ad kat dalam tren. Hahaha. Pertama skali korang pergi jelah kat tempat jual token tu. Pastu korang kena tahu korang kena naik LINE KERETAPI YANG MANA. Banyak sebenarnya line keretapi kat KL ni.
Kalau kita tengok kat peta LINE keretapi kat kuala lumpur ni ada 8 LINE dan mungkin akan ditambah pada masa hadapan. Korang google la stesen mane yang dekat dengan tempat yang korang tujui tu. Kalau ak nk p sogo, stesen paling dekat adalah stesen Bandaraya. Terus masuk SOGO kat tepi tu.
Kat mesin beli token tu korang pilih LINE mane korang nk tujui. Pastu korang tekan LINE tu dan keluarlah stesen kat mana korang nk tujui ini. Korang pilih jela. Kalau dari pekeliling ke bandaraya dalam rm1.50 gitu jah. Korang tekan je stesen tu dan keluarlah monior dibawah ini.
Korang tekan la kuantiti tu kalau lebih pada sorang. Kalau sorang je biar jelah. Kalu dari gambar ni dari stesen bandaraya ke titiwangsa. Line yang sama. Pastu keluar laah token dibawah ini.
Pastu korang bagi token tu detect kat pintu automatik tu. Dan terbuka lah ianya. Senang je. Simpan je token tu sampailah korang nk keluar dari stesen nanti. Nak keluar stesen korang masukkan token tu kat pintu automatik tu. Senang je kan? ak yang first time ni pn boleh buat dengan jayanya. Kah! Achievement unlock gitu. Padahal naik train je. Koya nguh. Yela kan orang duk kampung je. hahahaha. Ok ape. Kau ape tau.
Selesai satu hal. Lepas ak naek ketaapi tu, trus keteapi gerak ke stesen bandaraya. Kat situ abg ak dah tggu ak dengan akak ipar ak. Lepas keluar daripada stesen bandaraya terus masuk ke sogo.
Lepas keluar daripada SOGO ni p lah kami berjalan dekat medan selera bangunan sebelah SOGO tu. Lepas makan barulah kami berjalan kat Jalan Tunku Abdul Rahman tu (Jalan TAR). Lepas itu kami straight terus pergi ke Jalan Masjid India, Masjid Jamek dan sampailah ke Pasar Seni. Jalan sekejap kat pasar seni tu ronda2. Boleh tahan la jugak kan banyak seni yang dipamerkan. Lepas tu terus naik LRT Pasar Seni ke KL Sentral. Masa ni tak banyak gambar yang aq ambil. Ok la sikit2 gambar tu. Hahaha.
Dalam 2 km jugak lah berjalan melalui lorong lorong tepi bangunan sambil melihat2 keadaan. kakaka. Lepas sampai kat KL sentral tu kami pergilah ke Shopping Complex NU SENTRAL. Jalan-jalan kejap kat dalam ni. Sama je macam shopping complex yang lain. Tiada beza. Cumanya masa tu ada Model Cat walk untuk memperagakan Jam Tangan kat teangah2 NU Sentral tu. Nu Sentral ni bersambungan dengan KL Sentral so dari stesen tu boleh terus masuk ke NU Sentral. Sempat lah makan eskrem kat situ dan terus beli tiket pulang ke rumah abang ak kat Tanjung Malim. Harga tiket Rm10.60. Harga Eskrem tiada sebab akak ipar ak blanje.
Bersambung di Part 2
- Harga tiket dari Bandar Jengka ke Kuala Lumpur
- Jadual perjalanan Bas Metro dari Bandar Jengka ke Kuala Lumpur
- Cara menaiki keretapi di kuala lumpur
- Bagaimana membeli token keretapi di Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment