Sunday, 23 July 2017

Persiapan Semasa Interview di Tempat Temuduga

Ini merupakan satu perkongsian yang kita boleh cakna. P/s bukan saya penulis asal namun secara kesimpulan memang begini aturcaranya berdasarkan pengalaman saya. Olahan semula dan edit oleh sya sendiri :)



Perkongsian. Ni apa yg sy lalui msa iv n mungkin berbeza dgn geng2 lain. 

Sebelum iv, check dulu siapa yg jd panel kamu nanti. Dekat luar tu akan bagitau sapa panel setiap bilik. Alert dgn gelaran mreka. Mcm Dr., Tan Sri, Dato, kalau xda tu panggil tuan atau tuan haji.
Dokumen kalau rasa penting tu bawa smua. Nanti dah datang tempat
interview baru tau yg benda tu kna bawa, banda ni kena bawa. Semua jenis mak datok sijil yang korang bawak mestilah disahkan ye. Sijil lahir, kad pengenalan. Precaution. Alah senang je nk mengesahkan kan.

Rph mesti bawa n fail praktikum 3 bawa je mana tau dia minta. Yang saya dulu tak minta pun fail. Dia tgk rph. Tapi be ready je la fail tu. 

Pakaian pandai2 la ya. Kemas dan hensem / cantik. Nametag dengan blazer bawa. Kalau boleh lelaki baju kmeja jangan pakai yg belang2 or warnawarni ka pokadot ka. Pakai yang plain. Kasut jgn pakai yg alibaba tu. Pakaian prempuan , bju kurung jgn lebih dari 3 warna. Kalau x silap la. 

Masa interview duduk rilek. Jangan nampak sangat nervous. Senyum. Suara lantang. Nak jd ckgu kan. Tangan jangan byk sgt movement mcm org berpidato peringkat kebangsaan. Jgn overshadow kawan2 yg lain. Kalau kwn ada problem, boleh la tolong2 skit. Jgn biar kwn sebelah terkapai2. Ini bergantung pada panel jugak. Kadang-kadang tu ada panel yang tak bagi berbincang dan ada panel biarkan je kita berbincang. Macam ak hari tu panel tu rilex je. Ak tak ingat pedagogi mende tah trus ak bisik kat member sebelah. Korang try la. Boleh je kot. haha. Bila jawab, jangan explain panjang lebar bagi huraian 10 markah. Cukup jawab straight to the point. Dia tanya satu jawab satu. 

Ada sstengah panel yg akan psiko korang. Sedia je n jgn emosi . Ada panel yg muka gengster tp dari luar bilik iv korang dgr org ketawa kena iv diorang. Aku ari tu panel spp mmg sempoi giler. X pressure, ada humor. Masa aku tu, panel tnya ttg diri, ciri2 guru bkualiti, bgaimana jd guru bkualiti. Panel ke-2 tnya tentang kaedah pdp n cara laksana pdp yg bkualiti. Berkaitan dgn major kta. Yang geng2 sebelah dpt soalan rasuah la apa la. nasib la. Aku dapat soalan senang. Haha. Xda soalan isu semasa pun. Tp kena bsedia dulu la. Ada panel yg akan tanya juga. Kadang2 ikot mood diorang.
Slalu2 la bca isu semasa. Isu pendidikan. PRN d srwk mungkin ada. Bila tnya ttg soalan ttg isu sensitif, mcm isu 1**B, pandai2 la k. Jgn nmpak sangat mnyebelah mana2 pihak. Sy bgitau sbb ada kwn dpt soalan tu. Kta x dpt expect apa yg diorang akan tnya. Just kayakan diri dgn ilmu n isu semasa. 

Xtau la geng2 yg dah iv cmne, Masa hari iv tu mula2 akan ada akak yg akan cek dokumen asal n salinan dokumen kita. Ikot arahan diorang la. Nanti kalau ada dokumen yg xperlu nanti diorang inform. Lepas tu kita akan tunggu turn kita. Time tu bincang n btukar ilmu dgn rakan kumpulan. Rancang betul2 dgn member kumpulan iv anda nanti. Mujur la member group interview ak semua sempoi2 belaka. Semua boleh dibawa berbincang. Bergelak sakan kat bilik menunggu tu. hahaha. Bunyi je loceng atau ada orang panggil nanti, Org pertama akan ketuk pintu buka pintu, bagi salam. Masuk dlm barisan. Jgn pulak dlm barisan pegang bahu kwn. Org terakhir akan tutup pintu. Sama2 ucap slamat pagi. Lepas tu letak buku rph dpn panel. Depends la dgn arahan beliau nanti.

JANGAN duduk selagi mereka tak suruh. Pastikan korang bukak butang blazer korang kalau duduk tu. Tu protokol dye. Dah duduk rilek chill2. Dah habis iv, smua bangun, ambik rph n ucap terima kasih. Kluar perlahan2, tutup pintu, pastu psiko geng2 yg akan iv lepas tu kaw2. Akhir skali selfie caption "kami sudah, anda bila lagi" n pekena teh tarik dgn roti nan cheese. 

Goodluck. All the best

  • Tips interview SPP
  • Persiapan Interview SPP
  • Cara interview SPP

No comments:

Post a Comment