Sunday, 23 July 2017

Melawat Gunung Senyum

Gunung Senyum terletak di dalam Pahang berada dekat dengan Jengka 25. Kiranya Gunung ni dekat la dari rumah ak iaitu di Jengka. Kalau dari Jengka ak, ak boleh nampak Gunung Jebak Puyuh. Banyak gua yang boleh kita melawat di gunung senyum ni. Dan semestinya ada trek yang boleh kita lalui untuk melawat gunung ini. Trek ni boleh dikatakan dalam bulatan la. Kalau kita lalu di laluan mana-mana pun akan tetap sampai di titik permulaan kita. Kecualilah gua makam tok long sebab kita kena patah balik sebab xda laluan dah kat gua tu.


Gunung Senyum Pahang (7)


 Tidak dinafikan memang banyak sangat Flora yang menambat jiwa dan raga untuk penggemar pokok-pokok ni. Gua-gua nya pun cantik dan sejuk mata memandang. Di gunung ini juga terdapat sebuah tasik sebelum kita memasuki gua ini. Tasik ini juga mendamaikan dan juga terdapat sebuah jambatan gantung. Namun Jambatan ini telah
reput ditelan zaman. Ak masih ingat jambatan gantung ini merupakan jambatan kedua setelah jamban pertama dahulu pun reput dibina. Namun Jambatan yang baru ini pun juga reput.

Gunung Senyum Pahang (9)
Tasik Di hadapan Gunung Senyum

Masa yang yang diambil untuk pusing-pusing kat kawasan gunung senyum ni dalam sejam la jugak kalau banyk berhenti-henti. Tu kalau gunung senyum saja la. Kalau Gunung jebak puyoh tu lain pulak masanya.

Peta Gunung Senyum

Kalau ikutkan peta ni ak start dari tepi tasik kat H tu iaitu gua makam tok long, lepas tu gerak p Gua Gajah > Gua Taman Satu dan Taman Dua > Gua Angin > Gua Terang Bulan Bulan >  Tepi Tasik . Di situ lah trek yang ak ikut . Gua yang lain tu ak xjumpe kalau ikut trek tu. Maybe kalau korang rajin boleh la kot pergi cari sndiri.

Kami Start dari jalan kat tong sampah warna kuning tu. Terus dye pergi ke Gua Makam Tok long.

Kalau Nak Naik Gua Makam Tok long kene naik tangga ni dulu. huhu gayat ooo


Ni dalam gua makam tok long. BEsar lagi sebenarnya. Tapi amik ni jela gambar nye.
Ni Plak nak turun tangga tadi. Kalau gayat memang kene pegang rapat2 la pemegang tu. 


Laluan nak ke gua taman satu dan gua taman dua
Keindahaan alam
Gua Taman satu ni pun besar sebenarnya dan ianya bersambung dengan gua taman dua.

Disini merupakan gua taman dua. Model tersebut merupakan Pak usu saya. Yeah !
Ini adalah gua angin dan kami masuk kedalam gua dari celahan batu tersebut. Kami datang dari Gua Taman 1 dan 2. Disini juga ada gua terang bulan. Namun kami tidak masuk ke gua tersebut. 
Ini merupakan pintu keluar daripada gua. Keluar pada gua ni terus ada satu trek membawa ke arah tasik dan titik permulaan kita tadi.
Keluar dari gua terus jumpa trek ni di sebelah kiri

Keluar sudah dari gua.

Pemandangan menghijau mendamaikan

Ni lah jambatan gantun kat Gunung senyum tu. Sebelah dye tu ada jambatan lama.
Keindahan gunung senyum
Secara keseluruhannya, memang berbaloi baloi untuk beridah di gunung ni. Tempat ni pun damai dan menenangkan. :)

No comments:

Post a Comment