Sunday, 23 July 2017

Temuduga SPP Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

Cerita pasal temuduga ni sebenarnya dah lama ku lalui dalam 3 bulan jugak la. Ak telah ditemuduga pada 20/4/2016 bilik 5 jam 9:30 pagi di Kompleks Jabatan Perdana Menteri B3 Putrajaya. Ak gerak dengan member2 ak yang dapat skali tarikh temuduga tersebut. Kiranya member2 ak dari terengganu ambik ak kat pahang pastu kami straight p dekat putrajaya.

Oh kami di menginap di Homestay Pangsapuri Putra Harmoni. Homestay tu ak boleh bg 4/5 bintang. Best laa jugak sebab ada aircond kat setiap bilik pastu ada water heater nak mandi, homestay ni jugak adalah tingkat paling bawah skali. Kira nya sep ak ni xpyah naik turun tangga la nk masuk rumah tu. Dan yang paling penting adalah jarak dari homestay ke tempat ak temuduga itu hanyalah dalam 10 ke 12 minit perjalanan. Tu pun sebab ada banyak traffic light. So ak recomend kepada sesiapa yang nk temuduga SPP tu boleh lah tempah kat homestay ni. Klik kat link ni ye ARFA PUTRAJAYA HOMESTAY. Kat situ ada cara macam mana nak pergi kat situ dan no telefon yang boleh dihubungi. 

Peta ke Kompleks Jabatan Perdana Menteri B3 Putrajaya

Dari presint 9 korang terus je ambik jalan ke bangunan pentadbiran putrajaya. Signboard memang banyak tulis sampailah korang ke bulatan putrajaya. Bulatan putrajaya ni memang la besar dan sepanjang bulatan ni lah tepi-tepi dye ada bangunan pelbagai jabatan kementerian di Malaysia ni.

Korang tengok lah sendiri bulatan jalan putrajaya ni. Besar kemain tambah2 kat atas bukit presint 1 tu siap ada hotel lagi. So kalau korang xnak duduk homestay boleh lah checkin hotel. Hotel pun sebenarnya banyak kat sini. So, bolehlah tepuk dada tanya poket ye.

Bila korang da smpai kat bulatan ni senang la korang nak cari kompleks Jabatan Perdana Menteri ni. Korang pusing jelah sampai korang jumpa lorong ni. Tapi jangan masuk dulu ye.


 Ni simpang pertama sebelum korang jumpa lorang ke tempat temuduga tu. Ni simpang nak pergi ke Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA). Ok Jalan straight lagi.




Pastu korang akan jumpa lorong ni iaitu Jalan ke presint 16. Jenuh jugak nk patah balik kalau korang da masuk lorong ni. Ok straight lagi. 


Ok inilah simpang ke Jabatan Perdana Menteri tu. Dari Jauh dah boleh nampak Rumah Perdana Menteri kita. Ok boleh lah korang belok kiri dan masuk.



 Lepas dah masuk korang akan jumpa pemandangan ini. Dari jauh kita boleh nampak dye ada tulis JPM (Jabatan Perdana Menteri). Tak tahulah korang nampak ke tak tulis biru JPM tu. haha. Pastu korang kene belok ke kanan ye. Kat sini ada satu story yang kawan ak cerita. Dye tak tahu dan masuk ke lorong kiri tu dan parking kat situ. Kat situ pon boleh masuk tapinya kat situ untuk pelawat je kot. Dye cakap punyelah payah nak masuk ikut situ. Kene tinggal IC lah. Kena tangkap gambar muka lah. Barang dalam beg pun dye check. Ak pun terkejut. Padahal senang je sebenarnya nak masuk untuk Interview SPP ni kalau kita ikut kanan. Ok next.

Ok kanan ye. Kanan. 

Pastu korang baru belok kiri. Kat depan sikit tu je. 

Dari belok tadi korang dah boleh lah cari tempat parking sampailah kedepan sana nun sebab pintu masuk kita da jumpa kat sebelah kiri tu. Dan pleaselah datang awal untuk mengelakkan kesesakan. 


Ok ini adalah pintu masuk untuk ke bangunan ni. Yang ak msuk lah ye. Bkn yang lain. Mase aku smpai tu dalam 8:30pg dan masa tu pun da ramai orang walaupun ak start Interview pada pukul 9:30pg didalam surat. Ok kat sini korang pergi tulis nama dekat kaunter belah kanan kat dalam tu dan kena bagi Lesen memandu sebgai bukti. Sebenarnya kene bagi IC tapi kan IC kita kene guna untuk letak dalam kita punya Folder Interview, so tinggal jela Lesen memandu kat situ. Lepas kita tinggal lesen memandu kat situ kita akan diberi satu kad pengenalan yang memang kena letak dekat kita punya Blazer bagi orang nampak.  Disitu juga kita akan diberi taklimat sedikit.

Kat sini pun ada story jugak. Korang kalau nak bergambar sampai kat sini je boleh ye. Kat dalam tu tidak dibenarkan untuk mengambil gambar walaupun ramai je yang ambik gambar kat dalam tu. hahaha. Kawan ak ade kantoi ambik gambar kat dalam dan dye dipaksa delete balik gambar dalam HP dye. hahaha. Kesian dye. Dye ad gambar kenangan kat luar ni je dengan membe Bilik temuduga dye. So berhati-hati lah ye. Selamat bertemuduga. 

BERSAMBUNG

  • Temuduga SPP Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
  • Peta ke bangunan kompleks jabatan perdana menteri
  • Interview Suruhanjaya perkhidmatan Pelajaran

No comments:

Post a Comment